Masalah Renew Insuran & Roadtax

Masalah Renew  
1) Bagaimana untuk memperbaharui roadtax sekiranya pemunya kereta sudah meninggal?
Roadtax bagi kereta yang penamanya telah meninggal hanya boleh diperbaharui dalam tempoh 6 bulan dengan menggunakan nama simati. Ini memerlukan Surat Kebenaran Memperbaharui Cukai Jalan dari mana-mana mahkahmah seksyen. Urusan memperbaharui ini kemudiannya hanya boleh dilakukan di JPJ. Dalam masa yang sama, waris hendaklah menguruskan proses tukar nama. Untuk menukar penama kereta, waris perlu ke Bahagian Pusaka Kecil,Pejabat tanah atau ke mana-mana mahkamah seksyen untuk mendapatkan surat pengesahan, kemudian menguruskan pertukaran nama di JPJ
Share this!
1) Bilakah saya boleh memperbaharui cukai jalan?
Anda boleh memperbaharui cukai jalan 2 bulan awal dari tarikh tamat tempoh cukai jalan anda
2) Adakah roadtax2u.com menyediakan insuran Third Party?
Tidak, kami hanya menjual insuran First Party.
3) Apakah dokumen yang diperlukan untuk membeli insurans cara #2 dan cara#3
Dokumen yang diperlukan adalah sangat minima, iaitu: - Nota Pembaharuan / Polisi Insurans terdahulu - Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (geran kereta); untuk rujukan no. chassis enjin
4) Saya mempunyai NCD/NCB (No Claim Discount/No Claim Bonus) sebanyak 55% dari ejen insurans lain sebelum ini. Bolehkah saya mengekalkan NCD saya jika saya beli di roadtax2u.com
Ya, sistem insurans di roadtax2u.com menggunakan sistem NCD Online, di mana status NCD akan diperiksa & disahkan secara ‘online’ dan telah dikemaskini oleh semua syarikat insurans di Malaysia.
5) Jika saya mempunyai masalah dengan status NCD saya, siapakah yang saya boleh hubungi?
Anda boleh menghubungi kami untuk kami bantu anda mendapatkan kepastian.
6) Bilakah saya akan mendapat polisi insurans saya dari roadtax2u.com?
Anda akan mendapat e-covernote dalam masa maksima 8 jam dari tarikh pembayaran dan mendapat polisi dalam masa maksima 24 jam.
7) Apakah jaminan roadtax2u.com akan memberikan servis selepas pembayaran di buat?
Sebagai orang Islam, kami tahu wang yang diambil sebegitu akan mengutamakan kami ke Neraka. Sekiranya anda mendapati kami tidak memberikan servis, anda boleh menghubungi Etiqa atau PDRM untuk membuat laporan.